Monday, 24 October 2011

AKU BENCI KAU, ' i ' !!!!!!

Aku tak tahu kat mana silap aku... apa yang aku tahu si  I tu benci kat aku...

   Mula-mula dulu kitorang rapat. selalu jugaklah aku usik dia n dia pun suka gak usik aku...tapi sejak dua menjak ni, dia selalu jeling n tengking kat aku.... macam aku tak tau..aku suka kawan ngan dia yang dulu tapi dia yang macam tolak aku sekarang... aku tak paham... mana silap aku... kengkadang aku malu bila dia hina aku... bukan aku tak mahu balas, tapi aku tak mahu cari musuh sekelas... yelah... tahun depan aku akan melangkah keluar dari sekolah jadi aku tak mau ada kenangan pahit kat school...

   mungkin sebab aku ada buat kesilapan yang aku sendiri tak tau...but i never knew what is exactly i have done that make her so angry with me.... ngan orang lain bila cakap dia senyum but ngan aku jer terus tawar muka... kau ingat kau tu manis sangat.... aku cuba nak gembirakan dia seperti yang aku selalu buat dulu... nampaknya dunia betul-betul berubah... dia lontarkan dengan kata-kata agak kesat... orang lain tak perasan tapi aku tahu...aku dengar.... time tu aku rasa macam nak nangis jer.... tapi aku tahan sebak dan aku terus pergi ngan orang lain....

   masalah aku sekarang ni ialah, aku tak mau dah tegur dia tapi bila dia tanya sesuatu kat aku, takkan aku nak bisu je kan.... nanti timbul pulak gossip hangat..... walaupun muka dia tawar ngan aku, aku cuba gak senyum.... payah jadi hipokrit ni....bila ingat balik, ada satu kali ni dia marah kat aku sebab aku tak suka idea dia hantar something kat A. bukan apa aku just takut jika orang lain nampak... dia tak kena yang kena nyer AKU!!! memang dia tak boleh jadi seorang kawan yang baik.... even kawan2 aku support alasan aku yang sememangnya benar....ARGHHHHH... geram bila fikir balik...

   dia selalu cakap aku bodoh.... macam kau tu cerdik.... aku tak mau dah jumpa ngan dia.... tolong lah...

UNTUK 'I' :

   Aku tak paham apasal kau benci sangat kat aku?!!! apa yang aku tau aku cuba nak jaga hati kau... tapi nampaknya kau dah berubah...ya, aku bodoh, hodoh, n macam-macam kau boleh cakap kat aku... but satu jer, tolong jangan pernah bercakap ngan aku.... kau buat aku keliru!!! aku suka kau yang dulu... aku benci kau yang ini... aku hanya mampu luahkan kat dalam ni jer..... " AKU BENCI KAU 'I'". aku janji aku tak kan tegur kau dah.... Byebye buat selamanya.....


kata-kata untuk hari ini... " biarlah terus menjadi mangsa jangan mula menjadi pemangsa...andainya tersilap langkah, besar padahnya.... jangan membenci orang lain kerana tuhan mampu membalasnya..." sekian....

Wednesday, 5 October 2011

THE ONLY FIRST

   Kata orang cinta itu ketagih tapi bagi aku perkahwinan yang aku impikan selama ini. pernah tak sesekali kita bayangkan betapa besarnya dosa kita ketika berpancaran. oleh itu, jadilah macam aku yang mengaku ingin berkahwin muda... oh yessss....

   Kalau aku kan aku tak akan cakap kat seseorang tu 'i love you' selagi dia tidak luahkan pada kita..... aku bukan wanita murahan okay..... Aku tak tau nak cakap macam mana kalau aku cintakan seseorang... ni kisah aku time aku form 1 dulu. aku fall in love for the first time at first sight opss silap... first voice. macam tak percayakan yang aku boleh falling just because of his voice. at first aku pun tak percaya cinta pandang pertama tu wujud.tapi kes macam aku ni bukan kira first sight tapi first conversations. aku ingat lagi masa tu aku tengah fon mak aku sebab dia tak pick up aku kat school lagi. aku ni dah gedebar dah kot. masa tu lah hero muncul( walaupun bukan hero pun) dia tgh tunggu turn masa tu. hanya aku dia dan sorang kawan aku ni. aku bengang sangat sebab mak aku offkan fon dia. aku pun terlepas cakap.
   " hish!!! lambatnya." aku marah seorang diri.
   "tu je ke nak cakap. call bukan main lama." dia tak marah pun masa tu tapi dia menyidir aku. aku buat derd jer tapi suara dia punyalah garau (aku ni jenis suka type suara garau). malam tu aku terus teringat pasalnya.

   esoknya aku suruh kawan aku check pasal mamat ni. punyalah hensem sampai boleh cair aku. dia ni salah satu senior yang glamour kat school aku. hebat tu kot.... mulai hari tu aku pun mula menyimpan perasaan kat dia. aku tak tau nak buat apa. aku cuma tau skodeng dia jer... nasib baik kelas dia tak jauh dari aku punya kelas.... tapi kuasa tuhan menutup mata aku..... kawan aku bagitau aku yang dia dah ada girlfriend. dah lama kot... aku ni apa lagi terus memberes keluar. kawan aku pujuk supaya aku bersabar.... akhirnya aku tabah. aku pun pasrah.... aku tak lagi menyimpan perasaan kat laki tu tapi aku masih admire dia..... sebab tu aku nak kahwin terus . aku tak mau perkara sama berulang kembali....

   kata-kata hari ini. " tuhan menguji kita dengan bertemu yang salah sebelum mengatur pertemuan dengan yang betul. jadi janganlah kita menolak takdir yang sedia tertulis." sekian....

Tuesday, 4 October 2011

HARI INI HARI AKU

  'Hari ini hari engkau hari esok hari aku'. Selalu sangat kita dengar kan? tapi bagi aku, hari ini sentiasa menjadi hari aku. kalau hari ini hari dia, bila pula hari kita. kita yang hidup kat dunia ni sama je macam dia. jadi, ubahlah statement tu menjadi  'hari ini hari aku, engkau dan semua'. kan comel....

  Aku pun tak tau kenapa aku nak sangat kahwin walhal umur aku baru je .....apa orang panggil tu....seputih jagung....sejagung.... apa-apalah asalkan ada perkataan jagung tu... oh ye, cakap pasal jagung, aku baru teringat ada benda aku nak share dengan korang.Jagung yang aku tanam dah membuahkan hasil. mak aku ambil jagung yang muda sket nak masak. aku tengah tunggu jagung yang dah become bigger nak makan.. tak sabarnya.. Oh lupa pulak, back to the real topic. Hampir setiap hari aku menanti seorang lelaki yang akan datang meminang aku (gatalnya). Ramai yang salah faham. diorang ingat aku ni gatal sangat nak kahwin sebab nak buat tuuuuuuu ke!!!!!! Aku nak sangat kahwin sebab aku nak keluar dari kongkongan (entah betul ke tak ejaan tu) keluarga aku je.. bukan aku tak sayang mak ngan ayah aku, tapi sudah tiba masanya untuk aku bebas dari semua masalah. memang betul aku ni gatal tapi aku gatal sebab aku nak kahwin bukannya gatal sebab nak berkekasih. aku dah berjanji pada diriku yang aku tak akan ada boyfriend. yang dah lepas tu lepaskanlah (macam dalam iklan tu).

  Aku rasa senang memikirkan tentang perkahwinan. jika aku bersedih, aku boleh luahkan dengan suamiku. ada seseorang yang akan peluk aku untuk aku lepaskan segala tangisan. kalau aku lewat pulang ke sekolah aku cuma akan dengar " nanti saya ambil awak". kalau cakap kat ayah aku mesti dia kata " lain kali cakap awal-awal." and bila aku tengah tengok filem2 horror, aku boleh pura-pura takut dan menyorok kat belakang suami aku. semua perlakuan aku tu halal.

  Untuk pengetahuan semua, aku sedang dalam tingkatan empat dan menanti masa untuk melangkah masuk ke dewan SPM. sebab tu aku nak suami aku beri kata2 dorongan. " Ya Allah, aku mohon kau tunaikanlah permintaan gadis ini."


  kata-kata hari ini. ' Mengapa kita selalu lupa apa yang berlaku tetapi kita akan sentiasa terkenangkan perkara-perkara yang kita lakukan dengan si dia.... dan hanya satu jawapannya iaitu cinta tak dapat menghalang kita dari terus bermimipi....' sekian.....

Friday, 30 September 2011

THE FEELING

Aku cuma insan yang biasa, mungkin aku tak layak dicintai tapi aku ingin merasa perasaan apabila kita mecintai dan dicintai seseorang. tak aku nafikan aku bukannya cantik tapi aku juga ada hati dan perasaan. Pengalaman aku mecintai seseorang sungguh memeritkan. Benarkah cinta itu indah atau sekadar angan-angan sahaja. Dia yang aku cintai sudah lupus di muka bumi ini. Mecintai seseorang amat pedih, ditinggalkan seseorang amat pedih, merasai perasaan seseorang amat pedih, dan cuba untuk melupakan seseorang teramat pedih. Saat-saat bersama orang tersayanglah perkara yang disukai oleh semua orang. Berkongsi perasaan, bergelak tawa bersama dan berkongsi masalah. Semua perkara ini mampu membuatkan kita senyum sentiasa. Aku pernah lalui semuanya dan percayalah bahwa ia amat memeritkan. orang yang aku sayangi telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan aku keseorangan. Akan tetapi, aku telah berjanji padanya, aku akan tabah menghadapi ujian Ilahi.

Mungkin aku silap tentang cinta. The reason why we need love is because we want to feel it. it is a lie if i say that i don't need love. i want it but i can't, Aku mungkin akan bercinta sekali lagi.... mecintai seseorang yang begelar suami. i didn't need a boyfriend to love but i just need a husband to share my love....

kata orang, " kenapa kita mecintai seseorang sedangkan kita disayangi oleh Allah. Allah telah mengatur jodoh untuk kita semua. mengapa kita perlu menolaknya sedangkan menyayangi orang yang salah amat memeritkan.tetapi, mecintai seseorang yang betul terasa seerti syurga." sekian.....