Tuesday, 4 October 2011

HARI INI HARI AKU

  'Hari ini hari engkau hari esok hari aku'. Selalu sangat kita dengar kan? tapi bagi aku, hari ini sentiasa menjadi hari aku. kalau hari ini hari dia, bila pula hari kita. kita yang hidup kat dunia ni sama je macam dia. jadi, ubahlah statement tu menjadi  'hari ini hari aku, engkau dan semua'. kan comel....

  Aku pun tak tau kenapa aku nak sangat kahwin walhal umur aku baru je .....apa orang panggil tu....seputih jagung....sejagung.... apa-apalah asalkan ada perkataan jagung tu... oh ye, cakap pasal jagung, aku baru teringat ada benda aku nak share dengan korang.Jagung yang aku tanam dah membuahkan hasil. mak aku ambil jagung yang muda sket nak masak. aku tengah tunggu jagung yang dah become bigger nak makan.. tak sabarnya.. Oh lupa pulak, back to the real topic. Hampir setiap hari aku menanti seorang lelaki yang akan datang meminang aku (gatalnya). Ramai yang salah faham. diorang ingat aku ni gatal sangat nak kahwin sebab nak buat tuuuuuuu ke!!!!!! Aku nak sangat kahwin sebab aku nak keluar dari kongkongan (entah betul ke tak ejaan tu) keluarga aku je.. bukan aku tak sayang mak ngan ayah aku, tapi sudah tiba masanya untuk aku bebas dari semua masalah. memang betul aku ni gatal tapi aku gatal sebab aku nak kahwin bukannya gatal sebab nak berkekasih. aku dah berjanji pada diriku yang aku tak akan ada boyfriend. yang dah lepas tu lepaskanlah (macam dalam iklan tu).

  Aku rasa senang memikirkan tentang perkahwinan. jika aku bersedih, aku boleh luahkan dengan suamiku. ada seseorang yang akan peluk aku untuk aku lepaskan segala tangisan. kalau aku lewat pulang ke sekolah aku cuma akan dengar " nanti saya ambil awak". kalau cakap kat ayah aku mesti dia kata " lain kali cakap awal-awal." and bila aku tengah tengok filem2 horror, aku boleh pura-pura takut dan menyorok kat belakang suami aku. semua perlakuan aku tu halal.

  Untuk pengetahuan semua, aku sedang dalam tingkatan empat dan menanti masa untuk melangkah masuk ke dewan SPM. sebab tu aku nak suami aku beri kata2 dorongan. " Ya Allah, aku mohon kau tunaikanlah permintaan gadis ini."


  kata-kata hari ini. ' Mengapa kita selalu lupa apa yang berlaku tetapi kita akan sentiasa terkenangkan perkara-perkara yang kita lakukan dengan si dia.... dan hanya satu jawapannya iaitu cinta tak dapat menghalang kita dari terus bermimipi....' sekian.....

No comments:

Post a Comment